Rabu, Mac 08, 2017

MENDUDUKI PEPERIKSAAN TAJWID.

Assalamualaikum.
Bersyukur ke hadrat Allah. 
Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.. 


Alhamdulillah, masih dapat mencoretkan sesuatu di blog ini. Kita sudah berada di bulan Mac/Jamadil Akhir. Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tidak sedar masa tidak akan menunggu kita. Kita yang perlu menjaga dan berhati-hati dengan kepantasan masa yang berlalu. Sunnguh beruntung mereka yang menyedari betapa pentingnya masa dan peluang masa yang Allah berikan. 

Pada 28 Februari 2017 yang lalu, Alhamdulillah saya berpeluang untuk menduduki peperiksaan semester pertama pengajian al-Quran. Segaja untuk saya mencatatnya, sebagai meluahkan apa yang saya rasa sementara untuk menghabiskan kelas pengajian yang selalu saya hadiri pada setiap minggu ini. Iaitu pada malam rabu dan jumaat.
  
Rasa pening menjawab soalan peperiksaan tajwid tersebut. Soalannya mengelirukan dan banyak menggunakan istilah-istilah tajwid atau penggunaan bahasa arab.  
Markah peperiksaan dibahagikan kepada tiga bahagian. 

1. subjektif (rasa mudah untuk jawab jika membuat ulangkaji)
2. objektif (sangat keliru dengan istilah-istilah dalam bahasa arab)
3. lisan (penilaian ustaz semasa mendengar kita membaca al-Quran)

Saya suka mendalami ilmu tajwid dari dahulu lagi. Asalnya saya agak ketinggalan mengaji al-Quran (kisah awal kenapa saya berminat dengan ilmu tajwid). Namun, bila kesedaran dalam agama mencengkam kuat dalam diri, saya belajar sungguh-sungguh dan saya mahu lancar dan bersahaja bila membaca al-Quran. 

Namun begitu, kerana minat yang mendalam dalam ilmu tajwid, hingga ke hari ini saya suka untuk terus belajar dan mengajarkannya. Selalunya bila ada perkara-perkara yang mengelirukan saya akan bertanya dengan guru Ustaz Ahmad Ismail bin Marwan.

Mendalami ilmu tajwid itu adalah fardu kifayah, namun jika kita mampu mendalaminya, ia memudahkan kita untuk meningkatkan bacaan secara tartil. Insya Allah. 

*Terima kasih kepada Ustaz Ahmad Ismail. Seorang guru yang baik, memahami dan teliti bila mendengar bacaan quran seseorang. Ustaz akan suruh ulang dan ulang, hingga bacaan menjadi betul. Sabar dalam menuntut ilmu.
   

Suasana peperiksaan pada malam itu di dewan besar Masjid Puncak Alam. Saya di belakang sekali, ambil 'rasa' untuk menjawab kertas dengan pening bila ada soalan yang mengelirukan. 
Moga Allah membantu mereka yang membantu agama Allah dan memertabatkan al-Quran dalam kehidupan.