Khamis, Februari 09, 2017

BERSAMA ZMJ IQRA TRAINING

Assalamualaikum. 
ZMJ IQRA TRAINING sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk saya turut serta bersama masyarakat membantu mereka yang mahu mendekatkan diri dengan al-Quran. Bermula dengan minat untuk mendekati dan belajar ilmu tajwid, sampai juga masanya saya menyampaikan apa yang dipelajari. Alhamdulillah.

Moga Allah membantu saya dengan memberikan kekuatan fizikal dan mental ketika ingin melakukan sesuatu yang saya kira; 

"jika ingin melakukan sesuatu, buatlah kerana Allah. Jika tidak kita akan merasa penat di pertengahan jalan. Bila melakukan sesuatu kerana Allah, kita ada kekuatan untuk melawan kepenatan."

Moga kata-kata ini akan menguatkan jiwa saya ketika ingin melakukan suatu perjuangan yang ada nilai di sisi Allah.