Isnin, Disember 05, 2016

NOTA CINTA IBU - SEMANGAT UNTUK TERUS MENULIS.



Assalamualaikum. 
Buat pembaca yang budiman. 

Buku Nota Cinta. 
Ingin saya menceritakan sedikit tentang bagaimana buku ini ditulis. Menulis tentang buku ini tidak ada dalam perancangan. Tetapi begitulah yang terjadi. Ia dengan mudah dapat dihasilkan dan kini sudah diulang cetak berada di pasaran.   

Begitulah yang terjadi, selalunya catatan-catatan santai yang saya menulisnya boleh dijadikan sebuah buku. Mula-mula saya merasakan susahnya untuk menulis sebuah buku. Cuma apa yang penting usah berhenti menulis. Teruskan menulis apa sahaja yang ingin anda sampaikan. 

Alhamdulillah, bila telah siap sesuatu manuskrip saya akan menghantarnya kepada penerbit buku Karya Bestari, Karangkraf untuk dinilai. Setelah dinilai, jika layak untuk diterbitkan, editor buku sang penerbit akan mengedit buku tersebut. 

Di situlah nanti akan diminta untuk membaiki manuskrip tersebut, andainya ada sesuatu yang perlu penambah baikan. Alhamdulillah, saya menimba pengalaman ini, melalui beberapa buah buku yang telah diterbitkan. 

Menghasilkan sebuah buku tidak sesusah mana, apa yang penting ialah proses untuk menulis sehingga selesai. Ia memerlukan ketekunan, kerajianan dan penumpuan. 

Selamat menulis.     

*Buku ini boleh diperolehi dengan menghubungi: 

Pengurus ZMJ IQRA TRAINING
011-37281967