Isnin, Disember 05, 2016

HAIKU HUJAN - IlHAM RASA

        Hujan

   awan berarak
mendung kelabu gelap
   pandangan kelam 
    
   di kala hujan
titisan air melebat
    jatuh ke bumi

   suram di hati
hilang ceria semalam
   duka bertamu

   ku susur hari
kukuh iman berdoa
   perkasa diri

   hujan di hati
segeralah berlalu
   bebas emosi

 Ilham rasa, 
Zuhriah Mohamad Juoi
(Ketika sedang memandu di dalam hujan).

*Dalam perjalanan Alam Perdana - Mount Kiara.