Menjengah di laman kelihatan rumput menghijau. Bunga-bunga ros berkembang mekar menyegarkan mata yang memandang. Bunga, rumput, pokok, dedaun sibuk berzikir kepada Allah SWT. Cuma sayangnya manusia tidak diberi dengar bagaimana tumbuhan berzikir memuji Allah.
Terima kasih ya Allah kerana masih mengurniakan nafas untuk menjalani kehidupan ini dengan memberikan akal, merancang dan mengatur kehidupan.
Kali ini fokus saya ialah memberi tumpuan bagaimana untuk mengimarahkan surau sementara di Taman Alam Perdana.
Adanya surau sementara ini, moga Allah membantu kerja-kerja untuk mengimarahkan rumah Allah.
Alhamdulillah, moga Allah memberikan kekuatan untuk saya bersama-sama yang lain membangunkan surau ini dengan semangat ingin melahirkan rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w.
Salam perjuangan,
Zuhriah Mohamad Juoi.
Selasa 13 Rabiul Awal 1438 H.

![]() |
| Buat mereka yang meminjamkan rumah untuk dijadikan surau sementara, hanya Allah jua yang mampu membalas segala kebaikan dengan kebaikan yang lebih lagi. |
![]() |
| Buat julung-julung kali dan yang pertama sambutan Maulidur Rasul diadakan di surau sementara Alam Perdana pada hari Isnin 12 Rabiul Awal 1438H. Alhamdulillah. (Gambar ini - kredit kepada Puan Mira) |