Sabtu, Oktober 29, 2016

SALAM 1438 H - SALAM KASIH SAYANG. .

Assalamualaikum.
Rasanya banyak yang tertinggal untuk selalu menulis di blog. Alhamdulillah, hari ini dapat menukil sesuatu untuk melepaskan kerinduan. Terima kasih ya Allah. 

Bermula dengan berpindah rumah, masih terasa belum dapat mengisi masa dengan menulis. Rupanya beginilah cabaran kehidupan. Semakin kita tua, semakin banyak cabaran yang datang.

Saya berharap saya menjadi semakin matang untuk menyelesaikan segala masalah kehidupan dengan tenang. Masalah yang ada bukan untuk kita cuba lari darinya, tetapi untuk diselesaikan atau ditangani dengan bijak sepenuh jiwa. 

Semakin banyak masalah dalam kehidupan, semakin kita mengenali diri sendiri. Semestinya kita menjadi semakin dekat kepada Allah. Allah yang Maha Mengetahui dan Allah jua yang mendatangkan ujian sesuai dengan kemampuan yang boleh kita memikulnya.

Bulan Muharam 1438 Hijri sudah berada di penghujung, saya baharu sahaja ingin menulis tentang bermulanya tahun Hijri 1438 dalam kehidupan ini.    
  
Salam sayang dan salam ukhuwah yang berpanjangan, 
Zuhriah Mohamad Juoi.