Selasa, Ogos 02, 2016

SYEIKH MUHAMMAD KURAYYIM RAJIH.

Assalamualaikum. 
Pembaca yang dirahmati Allah.
Mari kita kenali beliau: 

Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih. 
Pemegang Sanad Al-Quran Tertinggi di dunia. 
Ketua Ulamak Al-Quran Syria.
Lahir tahun 1926M/1344H. 

Syeikh Kurayyim masih mengulangi membaca dan membaca al-Quran dan sentiasa mengulangi hafalan al-Quran, walaupun sudah bergelar Syeikh Qurra Bilaad Syam. 

Rahsia beliau sihat walaupun sudah berumur 90 tahun lebih:
"Bila kamu menjaga al-Quran, Allah menjaga kamu."     



Ketika hati benar-benar ingin untuk mengikuti kuliah Syeikh Muhammad Kurayyim, Allah sampaikan juga hajat hati. Tiada apa yang dapat saya lafazkan melainkan syukur Alhamdulillah. 


Berkesempatan - foto bersama isteri syeikh di Masjid Negeri, Shah Alam. 
Bersama emak dan anak yang berkesempatan ikut bersama,  pada malam itu.