Assalamualaikum.
Salam Sejahtera buat pembaca yang dirahmati Allah.
Hari ini saya ingin menulis tentang dunia kucing. Secara jujurnya sudah lama saya ingin memelihara kucing, namun sejak beberapa bulan ini, barulah saya berkesempatan untuk mencubanya. Alhamdulillah.
Nama Frosty dan Smokey, saya kekalkan sebagai tanda meraikan dan menghargai pemberian kucing daripada seorang teman. Dia seorang warganegara India dan menetap di Dubai. Datang ke Malaysia kerana mengikut suami yang bertugas di sini. Katanya dia mempercayai peribadi dan yakin memilih saya untuk diberikan kucing tersebut. Saya pula entah kenapa, berlapang dada untuk menerima kucing-kucing tersebut. Mungkin ia comel!
Hari-hari yang saya lalui dengan memelihara kucing menyebabkan saya lebih berhati-hati dalam menjaga masa. Memelihara kucing menjadikan saya memikul tanggung jawab baru dalam menjaga amanah ini.
Kebersihan tempat tidur, tempat membuang najis, tempat kucing bermain-main, waktu makan minumnya, semua kena diperhatikan dan diselenggara sebaik mungkin. Peliharalah sebaik mungkin itulah prinsip saya. Alhamdulillah, suami memberikan kerjasama yang baik. Anak-anak terlebih lagi dalam menyayangi kucing ini.
Memelihara kucing menjadikan kita seorang yang penyayang dan bersifat belas kasihan. Mendidik hati untuk menjadi lembut dan sabar. Hati yang lembut mampu membelai dan mengusap bulu-bulu kucing dengan penuh kasih sayang.
Paling bagusnya, bab untuk membeli makanan si kucing. Mahalnya lebih daripada makanan manusia lagi. Rezeki si kucing sayang, masih Allah izinkan untuk menyediakannya. Alhamdulillah.
![]() |
Frosty seorang peminat buku dan adakalanya sumber terapi minda yang menghibur dan membahagiakan. Alhamdulillah.
|
![]() | |
|
![]() |
| Smokey yang aktif dan sedikit nakal, namun tetap manja. Bulunya hitam berkilat dan berseri. Matanya kuning cair. |
![]() |
| Suka bermain-main dengan plastik dan kotak-kotak. Ligat berlari ke sana sini menyebabkan semua orang menjadi kelam kabut dibuatnya. Smokey, sayang kamu. |



