Khamis, Julai 23, 2015

SINGGAH SEBENTAR DI KEDAI KITAB.

Assalamualaikum.
Perjalanan pulang dari Kg Pogoh 2, hati tergerak untuk singgah sebentar di kedai buku - Pustaka Asma, di pekan Pogoh, Segamat. Alhamdulillah tuan punya kedai menyambut kami dengan baik.

Saya menanam azam untuk lebih menggunakan wang dengan membeli buku-buku bagi menambah ilmu pengetahuan dan memudahkan untuk melakukan rujukan nanti. 

Bila banyak membaca, fikiran sentiasa berkembang dan diri tidak akan terasa sunyi bila tinggal seorang diri. Ada-ada sahaja idea yang boleh ditulis dan dikembangkan. Alhamdulillah.  
  
Kedai yang terletak di tepi jalan ini memudahkan pengunjung untuk mencari dan membeli buku-buku yang dikehendaki. Alhamdulillah saya membeli 3 buah kitab untuk dibaca. 

Lihat dua beradik ni, leka memilih kitab yang hendak dibawa balik nanti. Alhamdulillah, budaya membaca hendaklah diterapkan dalam menghidupkan suasana rumah tangga.   


Tuan punya kedai yang ramah dan pandai memenangi hati pelanggan dengan menyarankan pilihan buku-buku mana yang elok dibeli dengan harga yang berpatutan.