Khamis, Ogos 06, 2015

NOTA CINTA IBU.



Assalamualaikum; 
Pembaca yang dirahmati Allah. 
Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Selawat dan salam ke atas  Rasulullah s.a.w, para sahabat dan ahli keluarga baginda. 
Di sini ingin saya maklumkan buku terbaharu saya, insya Allah akan mula berada di pasaran pada September 2015 ini. 

Karya Bestari Sdn Bhd's photo.
Bakal terbit Sept 2015
NOTA CINTA IBU
Oleh ZUHRIAH MOHAMAD JUOI
ISBN 978-967-86-0595-3 
Tebal 176 halaman
Harga RM22.00

Mencatat pengalaman hidup yang dilalui oleh seorang wanita biasa dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai anak, isteri dan ibu. Dalam masa yang sama turut menunaikan amanah mengajar golongan yang ‘buta al-Quran’ sehingga berjaya mendalaminya dengan sempurna. Moga usaha membantu menyebarkan kalamullah itu dapat meraih saham akhirat kelak.
Setiap pengalaman hidup yang dilalui mempunyai pengajarannya yang tersendiri. Jadi, naskhah perkongsian ini mengajak kita semua untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri menjadi hamba-NYA yang lebih baik. Paling penting jadilah anak yang soleh berbakti kepada ibu bapa, kenang jasa dan hormatilah kedua-duanya. Juga wajib bersyukur dengan segala apa yang dimiliki agar ia lebih mendekatkan lagi kita kepada ILAHI. Insya-ALLAH.
Antara kandungan menarik:
• Iktibar Masa Lalu
• Manisnya Ujian Kehidupan
• Hidayah Yang Berterusan
• Peringatan Daripada Surah Yasin
• Kian Putih Pembalut Badan
• Buat baik Tanpa Jemu
• Suri Rumah Satu Kerjaya
• Solatlah Di Mana Sahaja
• Solat Malam Yang Mengujakan
• Belajar Dari Alam