Jumaat, Julai 04, 2014

SEKEPING MURTABAK.

Assalam.

Hari ini saya bersyukur masih dipanjangkan umur oleh Allah, untuk menempuh Ramadan 1435 Hijrah. Suasana berpuasa mengingatkan saya kepada suatu peristiwa. Tergerak pula hati untuk menulis. Agaknya ketika puasa perut lapar, bila lapar tiba-tiba teringatlah pula nak makan murtabak. 

Bila teringat murtabak, teringatlah pula kisah di Masjidil Haram. Waktu pertama kali saya menunaikan umrah. Rasanya ketika itu, kerana tidak sempat memakan apa-apa, saya membawa bekal sekeping murtabak dan botol air. Kononnya untuk dimakan selepas menunaikan umrah nanti. Maklumlah bila kita melakukan tawaf dan saie, ia mengambil masa kerana perlu bersesak dengan orang ramai. 

Bagi memudahkan, melakukan tawaf, saya berikan beg yang berbekal air dan murtabak tersebut kepada seorang jemaah lain (Kak Mas), yang dia hanya mahu melakukan solat dan iktikaf di masjid. Harap saya dia dapat menjaga beg tersebut. Selesai menunaikan tawaf dan saie, saya ingin bertemu dengan Kak Mas sepperti tempat yang dijanjikan. Malang tidak bertemu. Akhirnya saya langsung tidak bertemu melainkan bila saya sudah sampai ke hotel. Saya rasa terkilan tetapi reda. Murtabak itu tidak dapat saya makan hingga ke sudah, kerana sampai di hotel sudah malam dan kepenatan. Peristiwa itu saya biarkan begitu sahaja. Tak ada apa sebenarnya, perkara biasa.   
 
Tiba-tiba pada 1 Ramadan 1435H ini, saya teringat pula akan murtabak yang dijual berhampiran dengan Masjidil Haram. Huh! adakah rezeki untuk saya ke Masjidil Haram lagi. Siapa tahu...mungkin ada rezekinya. Insya Allah....untuk menjadi tetamu Allah, Allah jua yang menjemputnya.        

Di hadapan perkarangan untuk masuk ke dalam Masjidil Haram. Siapa tahu akan sampai ke sini lagi? Wallahu A'lam.