Jumaat, Julai 04, 2014

PUASA DAN PERIKSA.

Assalam.
Hari ini sudah masuk hari ke enam puasa. Ingin mengingatkan diri, puasa menjadikan diri untuk berfikir pantas dan bergerak cergas. Tiada malas-malas dan mengantuk. Tup, tup...masa berlalu tanpa kita sedari. 

Hari ini Uzma pulang dari kolej. Saya ingin masak lauk kegemarannya. Tomyam dan ayam goreng. Anggap mudah dan senang sahaja. Insya Allah akan masak dengan penuh kasih sayang agar apa yang dimasak menjadi sedap walaupun ringkas dan mudah. 

Lepas masak saya akan berkejar pula menjemput suami tersayang di pejabat. Adui mak...moga jalan tak sesak. Alhamdulillah...tidak baik mengeluh. Lakukan dengan gembira dan Allah akan mudahkan.  

Nampaknya hari ini kami berbuka bertiga. Alhamdulillah...syukur berpanjangan. Selalunya saya berdua dengan suami sahaja. Mak pula masih di Ipoh.  Habib tak balik lagi, masih di Perlis menghadapi peperiksaan. Tak sabar nak tunggu Habib balik, untuk kami lebih ceria. 

Di samping kami bertiga di rumah ni, saya mendoakan agar Habib dapat menjawab exam dengan yakin dan tenang. 

Selamat menjawab kertas peperiksaan Habib! 

Habib.