Khamis, Jun 26, 2014

RAMADAN KAREEM 1435H


Ramadan kali ini biasa-biasa sahaja. Tiada yang luar biasa. Hari dipenuhi dengan tugas yang sedia menanti. Keluar rumah seusai solat subuh, untuk mengelak jalan menjadi sesak. Damansara ke Shah Alam.  

Waktu dhuha dan malam dipenuhi dengan menyemak bacaan al-Quran kumpulan tadarus di masjid berdekatan rumah. Kadang-kadang takut untuk memikul amanah ini, moga Allah beri kekuatan untuk menunaikan tanggung jawab sepanjang bulan Ramadan.

Terasa sukar membimbing kelas dewasa untuk membaca al-Quran secara tartil. Namun saya gagahi juga sebagai medan mencontohi perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Jika mereka bermatian dan berkorban nyawa untuk memperjuangkan Islam, apalah saya yang hanya berjuang untuk masyarakat Islam kembali kepada budaya membaca al-Quran. Rasa sedikit cuma, sumbangan untuk Islam.    

Adakalanya terasa diri sangat lemah dengan hidup terkejar ke sana sini. Berhadapan dengan jalanraya yang sentiasa sesak, sangat menguji diri. Namun, inilah kehidupan yang perlu ditempoh dengan hati yang tabah dan cekal. 

Saya cuba menganggap keadaan ini sebagai hiburan diri agar hidup lebih bahagia dan sentiasa bersemangat. Insya Allah... kuat semangat sayang!