Sabtu, Julai 05, 2014

KEMATIAN DALAM BULAN RAMADAN.

Assalam. 

Nampaknya hari ini aktiviti kami di rumah sahaja. Hari ini suami, Uzma dan saya rasa bebas melakukan aktiviti di rumah. Subuh suami dah ke masjid, saya hanya di rumah. Ingin berehat sedikit hari ini, selalunya lepas sahur sahaja, hidup sudah terkejar-kejar. Alhamdulillah saya agak santai hari ini. Boleh update blog panjang sikit. 

Pagi ini mendapat berita penyanyi tersohor biduanita Sharifah Aini telah kembali ke rahmatullah. Ramai yang menyukai kemerduan suara Kak Pah, termasuk suami saya. Moga arwahnya tergolong dalam kalangan orang-orang yang solehah.

Tidak dilupakan juga semalam ketika menunaikan solat tarawih di masjid, ada juga jenazah seorang perempuan yang meninggal dunia. Selepas dimandi, kafan dan solat jenazah, arwah dikebumikan pada malam itu berhampiran  kubur berdekatan. 

Buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita, di sedekahkan;

al-Fatihah (baca sekarang)

Pastinya apa yang berlaku di hadapan sana, memberikan saya satu iktibar, bahawa seseorang yang hidup pasti akan menemui kematian. Justeru sekarang kita perlu melengkapkan persediaan ke sana (alam akhirat). Sebaik-baik bekal adalah taqwa. Justeru penuhi hidup dengan amal yang baik-baik sahaja. Apa yang jahat dan buruk tinggalkan, walaupun mana ada manusia yang sempurna, tetapi mesti ada niat yang baik dalam diri.      

Suami bersempatan merakam kenangan bersama biduanita Sharifah Aini suatu ketika dahulu.