Ambil juga masa untuk update blog ini. Rasa seronok untuk menulis. Ingin mendisplinkan diri untuk menulis setiap hari. Biar blog ini benar-benar mesra dan sebati dengan diri. Insya Allah.
Esok sudah hari yang ke sepuluh kita berpuasa. Saya mengingatkan diri untuk banyak meminta ampun kepada Allah atas dosa-dosa silam. Bersihkan hati yang penuh dengan kotoran. Mudahkan diri untuk terus melakukan kebaikan. Hati yang baik akan mendorong melakukan perkara-perkara yang baik.
Harap menjadi insan yang suka memberi tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran. Setiap kebaikan yang dilakukan, biarlah Allah sahaja yang mengetahui dan membalasnya. Rezeki Allah itu Maha Luas. Usah mengharap pujian atau balasan dari manusia. Lakukannya semata-mata kerana Allah. Barulah nanti kita tidak berkira-kira untuk memberi atau melakukan kebaikan.
Moga-moga Allah mengampunkan segala dosa untuk mudah menjadi insan yang suka kepada kebaikan dan menjauhi kejahatan hati.
![]() |
| Moga doa ini menjadi basahan lidahku. Ya Allah, ampuni dosaku! |
