Khamis, Mei 15, 2014

SYUKUR ITU DI MANA-MANA.


Dalam kegembiraan terselit kesedihan. Kesedihan itu tidak dapat saya nyatakan di sini. Kegembiraan itu bila saya berkesempatan berada di samping suami dan anak-anak melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. 



Pada anak lelaki yang ini, saya mengharapkan dia menjadi penghibur hati saya. Di kala saya gembira dan di kala saya sedih. Selalu anak ini pandai mengambil hati dan menyenangkan hati saya. 

Alhamdulillah, melihat wajahnya saya terhibur. Kelahirannya pada 21 tahun yang lalu, memberikan sinar yang gemerlapan buat diri saya.  


Merenung ciptaan Allah, untuk menjadikan saya sebagai manusia yang terus bersyukur atas nikmat Tuhan yang tidak ada tepinya.