Salam jumaat yang penuh berkat,
Sedia menanam azam dan tekad untuk lebih bersungguh-sungguh dalam bidang penulisan buku. Bak kata pepatah, beribu langkah itu bermula dengan langkah yang pertama.
Azam dan tawakal merupakan kata kunci terbaik untuk meneruskan kegigihan berusaha. Usah dititik beratkan kelelahan dan kepenatan itu. Fikirkan kepada manisnya hasil yang akan diraih. Insya Allah. Azamku bersungguh, tekadku terpahat padu.
Andainya di hadapanmu ombak bergulung, ribut taufan bergoncang, petir berdentum, inginkah engkau berundur diri?
Tenangkan jiwamu. Tenangkan fikiranmu. Hanya seketika kita diuji dengan pelbagai. Tenang menghadapinya dan teruskan perjuanganmu. Sesungguhnya ingatlah benar-benar akan kata-kata ini;
"Biarlah manusia mengeji dan mencacimu, Allah tetap ada untuk mendengar segala rintihan hati dan mengabulkan segala permintaanmu."
Ayuh, segar-segarkan diri dan banyak kerja-kerja yang menanti untuk diuruskan. Tiada masa untuk bersedih dan tiada masa untuk berlengah-lengah.