Khamis, Mei 15, 2014

SETIAP HARI IBU DIRAIKAN.

Terus dan tekuni hidup dengan matlamat yang jelas, di samping menjaga emak yang tinggal bersama. Alhamdulillah, saya dapat berbakti dengan emak dan harapnya akhlak saya begitulah hingga bila-bila dan ke akhirnya.   

 Hargai ibu anda semasa masih hidup. Raikan dan muliakan. Jasanya tidak akan terbalas oleh sekelumit penghargaan yang diberikan. 

Rezeki bersama emak bagaikan melimpah ruah. Alhamdulillah, saya berkesempatan diberikan rezeki menjaga emak. 


Kesempatan yang dilalui ini, menjadikan saya lebih akur dan tunduk kepada Allah SWT. Syukur yang berpanjangan.