Alhamdulillah, semua selamat dan lahirlah bayi lelaki, anak ke empat kepada adik. Diucapkan tahniah kepada mereka sekeluarga dengan kehadiran orang baru. Suasana lebih meriah nampaknya.
Selepas itu, saya sekeluarga sempat menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sebelah suami di Paya Dalam, Melaka. Perjalanan tidak jauh dari hospital, lebih kurang dalam masa 15 minit sampai.
Syukur Ain dan Azfar telah selamat diijab kabul pada 2/3/2014. Moga bahagia hingga ke akhir hayat.
Sehari perjalanan, badan terasa penat dengan memandu di tengah-tengah malam. Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah pada pukul dua belas malam.

