Isnin, Februari 24, 2014

KITAB MUHIMMAH (EDISI JAWI/RUMI).


Dimaklumkan ini adalah Kitab Muhimmah. Erti Muhimmah ialah penting. Penting untuk diketahui oleh para isteri dan suami akan hak-hak mereka dalam hal ehwal perkahwinan atau siapa-siapa yang ingin mengetahui ilmu-ilmu mengenai kitab ini. 

Oleh kerana kitab ini adalah kitab lama yang asalnya bertulisan jawi, kitab di atas merupakan kitab sebenar tetapi edisi rumi. Maka dengan itu mudahlah kepada kita untuk membaca dan mempelajarinya. Sebab ramai juga yang tidak dapat membaca jawi ditambah pula bahasa lama dan tulisan yang kecil-kecil. 

Maka adanya kitab di atas, memudahkan kita terutama para wanita untuk mendalami ilmu-ilmu perkahwinan. Tahu akan dosa pahala bila mana berhadapan dengan para suami. Dan para suami pula tahu akan dosa pahala bila mana berhadapan dengan isteri. 

Setelah kita mempelajari kitab di atas dengan bantuan guru yang bertauliah, sama-samalah mengetahui akan hak masing-masing, maka akan terlepaslah dari murka Allah dan kita mencari akan reda Allah dan hidup penuh berkat dalam rumahtangga kita.     

Nota : Cara menulis pun kena ikut gaya bahasa lama.