Ahad, Disember 15, 2013

PAKAIAN MENUTUP AURAT.

Hari itu saya berkesempatan singgah sebentar di Masjid Putra, Putrajaya. Ketika itu ramai yang datang untuk memasuki kawasan masjid.Sebelum masuk, pengunjung akan diperhatikan oleh seorang petugas yang memastikan setiap muslimah mesti menutup aurat.


Tiba-tiba petugas tersebut memanggil sekumpulan muslimah (saya kira terdiri daripada pelajar-pelajar universiti tempatan) yang hendak memasuki kawasan masjid.

"Kamu semua jika nak masuk ke dalam masjid kena pakai baju tutup aurat. Ambik kat sana (di suatu sudut) ada baju. Pergi pakai." Ujar seorang lelaki yang bertugas itu. 

Salah seorang daripada mereka menjawab; 

"Kami dah tutup aurat ni. Masih kena pakai baju/jubah) tu ke."

"Tak ada...tak ada...pergi pakai baju tu." Jawab petugas tersebut sambil mengarahkan mereka semua pergi memakai baju yang disediakan oleh pihak masjid.

Pihak yang bertugas benar-benar menegur di hadapan saya. Saya perhatikan mereka telah pun menutup aurat yang sempurna (seluar panjang dan kemeja-t labuh hingga ke paras lutut. Rupa-rupanya pakaian yang sedemikian (walaupun rasa dah tutup aurat) tidak layak untuk masuk ke dalam Masjid Putra atau mana-mana masjid.





Saya pula tidak mendapat apa-apa teguran daripada mereka yang bertugas kerana saya memang sentiasa berpakaian jubah walaupun ke mana saya pergi. 

Iktibarnya untuk memasuiki rumah Allah, pastikan aurat muslimah tertutup dengan sempurna.


* Berseluar panjang pun perlu memakai jubah untuk memasuki masjid. Berhati-hati muslimah bila ingin memasuki masjid - rumah Allah.    

Jika mereka yang belum beragama Islam pun masih boleh menghormati peraturan memasuki masjid dengan memakai jubah yang disediakan, sepatutnya selaku umat Islam lebih menghormati adab-adab masuk ke masjid.    

Tiada ulasan: