Jumaat, Disember 13, 2013

S.H ALATTAS

Rasanya sudah lama saya tidak membaca buku-buku tulisan S.H Alattas. Pertamanya Pak Habib selalu menulis mengenai politik. Mengenai politik selalunya, saya mengikuti perkembangan tetapi tidak mengulas apa-apa tentangnya.    

Oleh kerana sudah lama tidak membaca buku Pak Habib, kali ini saya ingin membacanya untuk belajar sesuatu daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang penulisan. 

Pak Habib berbangga telah menulis 60 buah buku setakat ini walaupun tidak ada kelulusan yang tinggi. Pak Habib belajar dan menimba pengalaman melalui Universiti Kehidupan. Namun begitu, kebanyakan buku Pak Habib 'best seller'.

Bayangkan Pak Habib mula menulis buku pada tahun 1969 (ketika itu umur saya baru 4 tahun), dan hingga kini Pak Habib terus gigih meneruskan perjuangannya dalam bidang penulisan.  

Begitulah kegigihan Pak Habib dalam dunia penulisan buku. Berusaha sungguh-sungguh dan Pak Habib berani gagal untuk menjadi kaya, berjaya, dunia dan akhirat. 


Menulis tentang Pak Habib memang tidak cukup, ia sekadar ruang kecil di blog ini, tetapi cukuplah sekadar mengejut dan menyedarkan minda betapa kita perlu bangun untuk berubah menjadi manusia yang 'biasa-biasa' keluar berubah menjadi yang 'luar biasa'.      

Salam perjuangan, 
Zuhriah Mohamad Juoi. 

Tiada ulasan: