Sabtu, Ogos 17, 2013

KAMPUNG SITIAWAN, PERAK

Menziarahi seketika kubur arwah-arwah (saudara mara belah emak) di tanah perkuburan Kampung Sitiawan, Perak. Kebanyakan saudara belah emak ramai yang kuburnya terdapat di kampung ini. Arwah atok, alang, long, chu dan lain-lainnya.     

Kita sedekahkan : Al Fatihah. 

Merakamkan kenangan di belakang rumah arwah Tok Wok Ahmad. Masa kecil-kecil dahulu inilah tempatnya untuk mandi laut bila sekali sekala pulang ke kampung. Sehinggalah saya dewasa antara kegemaran yang saya tidak boleh lepaskan jika berpeluang ialah mandi laut. 

Mandi laut ada bezanya mandi di kolam renang. Mandi laut seronok menunggu ombak memukul pantai. Saya akan terdampar di tepi pantai setelah terkena ombak laut. Subhanallah...seronoknya suasana itu tidak dapat digambar. Ia menyegarkan minda.   

Tiada ulasan: