Rabu, Ogos 14, 2013

TELUK SENANGIN, LUMUT, PERAK.

Alhamdulillah tanpa perancangan yang rapi, saya dan saudara mara yang lain sempat menyinggah sebentar di Teluk Senangin. Secara ringkasnya saya menyukai tempat ini. Saya mengambil kesempatan melakukan acara bebas - mandi air laut.

Selalunya bila ke pantai, tidak berpeluang untuk mandi. Tetapi hari itu dirasakan sangat sesuai dan saya tidak melepasakan peluang yang ada. Alhamdulillah - rehlah yang sekejap namun impak yang besar dalam diri. Rasa seronok, segar dan mendatang ilham yang cukup lumayan.   

Dua beradik sedang menjamah makanan tengahari. Ini mungkin mereka tidak sedar gambar sedang dirakam.  
Melihat keindahan air laut dan kedamaian pantai. Rasa ketenangan yang menyegarkan. Harap bertambah keimanan dalam menyedari kebesaran Allah SWT.  

Acara santai buat bonda yang dikasihi. 

Tiada ulasan: