Ahad, Ogos 18, 2013

ILHAM SANTAI : CATATAN BIASA

Membaca satu kemestian yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan. Mengisi ruang-ruang waktu dengan membaca menyegarkan minda dan mencetuskan semangat yang membara dalam jiwa. 

Alhamdulillah, saya boleh membaca. Alhamdulillah, mata ini masih boleh melihat. Alhamdulillah masih boleh membaca dengan jelas. Semuanya nikmat Allah yang wajib saya syukuri. 

Ingat peringatan Allah kepada kita, bersyukurlah selalu nanti akan Allah tambahkan segala nikmat yang ada. Justeru syukur mestilah berpanjangan dan disematkan dalam diri. Padu dan kukuh tiada bergoyah.  
  
Ingatan buat diriku sendiri.