Selasa, Jun 04, 2013

SECAWAN KOPI DAN SEMANIS SENYUMAN

Leka melakar idea di skrin laptop, tiba-tiba ada permintaan hendakkan secawan kopi. Siapa lagi? Pastinya datang daripada suami. Siapa lagi yang ada di rumah, hanya kami berdua sahaja. 

Penuh senyum (betul ke atau terpaksa - Allah sahaja yang tahu nilainya) saya buatkan dua cawan kopi. Saya tumpang secawan lagi. 


"huh...bismillah ..terasa enaknya kopi tu." Mata menjadi segar. 

Bagus juga taat kehendak suami ni ya. Berkatnya ada pada secawan kopi dan semanis senyuman. 


Seterusnya saya tersenyum lega - semanis secawan kopi itu rasanya. Alhamdulillah.      

Tiada ulasan: