Maaf jika apa yang saya tuliskan ini ada yang menyinggung perasaan sesiapa. Saya tidaklah bermaksud untuk menyinggung sesiapa. Bak saya katakan terlebih dahulu, di ruang tetap blog ini...saya menulis sesedap rasa dan mengikut apa yang terlintas.
Zaman ini perlu kita sedari iaitu zaman internet. Segalanya menjadi mudah dan semua yang terkini hanya dengan menyentuh skrin telefon bimbit - terpapar di ruang mata. Tinggal pinar tak pinar atau silaunya mata sahaja untuk melihat.
Namun begitu...tidak dinafikan...(ada segelintir manusia yang fobia dengan keadaaan ini). Hinggakan untuk menekan punat di telefon bimbit pun masih tidak bisa dan canggung. Alasannya...
"Aku tak reti...la. Guna benda-benda macam ni..."
Kadang saya menjadi kasihan melihat mereka yang begini. Setidak-tidaknya akan ketinggalan untuk memudahkan perkerjaan seharian. Contohnya menulis mesej, membayar bil bulanan cara online, mencari info terkini dan pelbagai kemudahan lain.
Hendak kata mereka tergolong dalam buta huruf tidaklah pula. Mereka juga kadang terdiri daripada golongan profesional dan intelek. Tapi kelemahannya di situ - tidak arif untuk menggunakan internet atau tidak berminat. Jawapannya hanya ada pada mereka yang terlibat sahaja.
Saya akui, saya pun tidaklah arif benar dalam bidang ini, sekadar yang patut-patut dan tidaklah termasuk dalam golongan yang ketinggalan dunia alam maya.
Tidak mengapalah jika ketinggalam dunia siber atau alam maya, ada lagi yang lebih utama daripada itu. Ingat selalu alam akhirat.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan