Hadis Rasulullah s.a.w;
"Sebaik-baik daripada kamu ialah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya."
(Riwayat Bukhari).
Pembaca yang dirahmati Allah;
ZMJ IQRA TRAINING ditubuhkan bagi membantu masyarakat semua peringkat (dewasa dan kanak-kanak) agar dapat mengenal dan membaca al-Quran dengan baik.
Sejauh saya berkecimpung bersama masyarakat, masih ramai yang tidak mengenal hurul-huruf al-Quran apatah lagi untuk membaca dengan kadar yang betul mengikut hukum panjang pendek sesuatu bacaan tersebut.
Firman Allah:
"Dan bacalah al-Quran dengan tartil."
(Surah al-Muzammil 7 : 4)
Makna Tartil ialah mengelokkan bacaan huruf-huruf al-Quran dengan terang dan teratur, mengenal tempat-tempat wakaf (berhenti) secara betul, sesuai dengan hukum-hukum tajwid dan bacaan tidak secara terburu-buru.
Saya terpanggil untuk membantu mereka yang berminat ke arah meningkatkan diri dan ingin membetulkan bacaan al-Quran secara tartil dengan mengadakan suatu program khusus iaitu PROGRAM CELIK AL QURAN.
Harapan saya moga usaha-usaha yang begini dapat membantu umat Islam khususnya, untuk kita menjadikan al-Quran sebagai panduan dan membacanya pada setiap hari.
Dalam menuntut dan mencari ilmu al-Quran, kita perlu membuang sifat malu bertanya atau malu belajar. Selagi nyawa masih dikandung badan, peluang yang ada tidak perlu disia-siakan. Tiada perkataan terlambat untuk terus membaiki dan meningkatkan diri sendiri.
Sekian, terima kasih.
Daripada,
Pengurus ZMJ IQRA TRAINING.