Ahad, Mei 12, 2013

KITAB MUHIMMAH.

Kitab Muhimmah Jawi

Assalamualaikum; 
Pembaca yang dirahmati Allah. 
Melalui kesempatan yang ada ini, ingin saya membicarakan sedikit hal-hal yang berkaitan dengan rumah tangga (khususnya muslimah) berpandukan kepada sebuah kitab yang diberi nama Muhimmah. Kitab ini secara khususnya membicarakan tentang ketaatan dan kederhakaan seorang isteri kepada suaminya. 
  
Kitab Muhimmah Rumi
Meneliti jadual kuliah agama di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sg Penchala, saya terlintas untuk menyarankan kepada ketua Imam Masjid iaitu Ustaz Bukhari Haliah agar mengadakan pengajian atau membuka semula tentang kitab Muhimmah. 

Setidak-tidaknya ini akan memberi ruang dan peluang kepada kaum ibu untuk menerima ilmu-ilu tentang membentuk syurga rumah tangga. Alhamdulillah usul saya diterima baik oleh pihak masjid. 
Ustaz Rahimi sedang membentangkan isi-isi kitab Muhimmah
Bermula bulan Mei ini,  hari ahad, minggu ke dua dan membawa ke bulan seterusnya, muslimah yang datang ke Masjid Jamek Tengku Adbul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur akan dapat menikmati ilmu yang dapat dijadikan panduan membina keluarga dan syurga rumahtangga.

Memandangkan kitab ini adalah kitab lama dan bertulisan jawi, seelok-eloknya dibuka dan dibaca oleh seorang guru yang mampu menghuraikannya dan bersesuaian pula untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berbangkit. 

Terutamanya kepada kaum wanita yang hendak mendirikan rumah tangga dan telah berumah tangga, kitab Muhimmah ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan dalam menyuluh kehidupan rumah tangga kita. 

Harapan saya marilah sama-sama kita mencari dan meningkatkan ilmu di dalam setiap aspek kehidupan. Ilmu itu cahaya dan ia akan menyinari segenap kehidupan ini. Apa lagi jika ada ilmu, difahami dan  diamalkan serta diperjuangkan ke tengah masyarakat. 

Barulah nampak indahnya orang yang berilmu.
       

Tiada ulasan: