Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada pembaca yang budiman dengan tajuk yang agak mengejutkan ini. Saya terpanggil untuk menyebut perkara ini kerana sikap manusia yang tidak bertanggung jawab terutama mereka yang beragama Islam. Begitulah jika fikiran manusia sudah rosak dan tidak di suluh dengan ilmu agama, segala yang haram menjadi halal.
Perbuatan seks digambarkan seterang-terangnya tanpa ada perasaan bersalah atau malu. Bakat penulisan yang ada telah disalah gunakan melalui tulisan-tulisan kotor lagi mengotorkan fikiran orang lain. Tetapi bagi penggemar blog yang demikian (kerana mempunyai rating yang cukup memberangsangkan) pasti seronok dan terhibur. Saudara, itu bukan hiburan namanya, tetapi ia akan mengheret kita kepada kemurkaan Allah SWT. Nikmatnya sekejap tetapi risikonya panjang.
Tidak perlu menyalahkan kemajuan dunia dengan pelbagai kemudahan internet, blog, fb, twitter dan sebagainya. Manusia yang baik akan menggunakan peralatan yang ada ke arah kebaikan. Bila hati baik semuanya akan mengarahkan anggota-anggota yang lain ke arah kebaikan. Tetapi bila hati kotor dan lalai dengan Allah semuanya akan mengarahkan anggota badan ke arah kemaksiatan.
Ingat saudara, perhubungan seks sesama suami isteri yang sah pernikahannya pun, kita masih dilarang dan haram untuk menceritakan kepada orang lain. Apa lagi untuk menggambarkannya secara terang-terangan walaupun melalui tulisan.
Antara adab yang perlu kita jaga dalam hubungan kelamin suami isteri ialah tidak menyebarkannya. Ia dianggap sebagai rahsia dalam rumah tangga. Suami isteri haram menyebarkan rahsia hubungan kelamin kepada orang lain walau dengan apa cara sekalipun
Hadis Rasulullah s.a.w;
"Sesunguhnnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari kiamati ialah seorang lelaki yang yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu. (Hadis Riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan