Ahad, Mei 19, 2013

Ilham Di Mana-mana - Isteri Solehah

Sebagai  seorang isteri kepada siapakah yang perlu kita utamakan untuk memberi ketaatan? Antara suami atau ibu bapa sendiri. Persoalannya mana satu? Suami atau ibu bapa kita. Jawapannya adalah kepada suami. Hendaklah memberi sepenuh ketaatan kepada suami selagi dia tidak menyuruh untuk melakukan kemaksiatan.  

Hadis Rasulullah s.a.w:
"Tidak ada ketaatan pada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah." (Riwayat Ahmad dan al-Hakim) 

Sejak kebelakangan ini saya diingatkan kembali untuk terus melakukan ketaatan kepada suami melalui kuliah-kuliah pengajian di masjid. Secara tidka langsung ia suatu peringatan daripada Allah kepada saya. 

Maklum sahaja usia perkahwinan sudah menjangkau 21 tahun. Ia perlu disegarkan kembali dengan ilmu-ilmu rumah tangga yang mungkin selama ini kita telah terlepas pandang. Alhamdulillah sejauh berjalan, berkat menyuluh hidup dengan syariat Allah, kehidupan terasa indah. 

Melayari bahtera kehidupan bersama suami dan anak-anak terasa syukur yang berpanjangan. Amalan sabar ketika susah dan syukur bila senang penyelamat dalam menghadapi musim-musim yang tidak menentu.    


Petunjuk dan hidayah Allah ini perlu disuburkan dengan selalu mendekati masjid. Masjid rumah Allah. Di situ ada cahaya bagi hati dalam mengukuhkan keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah.  

Tiada ulasan: