Di sini masih merupakan tangga-tangga terawal menuju ke Gua Hira'. Sebenarnya ia masih jauh lagi dan perlu mendaki dan terus mendaki untuk sampai ke tempat Rasulullah s.a.w menerima wahyu yang pertama itu. Hasrat di hati, saya juga teringin untuk sampai ke puncak. Malangnya saya seorang yang gayat.
Saya hanya mampu mendaki sekadar 1/4 bukit sahaja. Perasaan gayat menyebabkan saya berpatah balik dan tidak jadi meneruskan pendakian. Alhamdulillah pendakian ini hanya diteruskan oleh anak perempuan saya sahaja. Tahniah buat Uzma!
Walaunpun baru mendaki 1/4 bukit tersebut, saya merasakan suasana yang sangat tenang. Rasanya ilham menulis pasti datang bila-bila masa sahaja bila berada di atas bukit tersebut. Saya duduk sebentar dan melihat kota Makkah dari jauh.
"Subhanallah...gemerlapan lampu warna warni menerangi kota Makkah. Lantas hati saya hanya mampu membisik;"
"Nikmat Tuhan mana satukah yang kamu dustakan."
* Mula mendaki lebih kurang pukul 11.30 malam. Masa yang diambil untuk mendaki lebih kurang satu jam.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan