"Hidup mesti diteruskan dengan daya juang yang bersungguh-sungguh." Zuhriah Mohamad Juoi.
Sabtu, Mac 16, 2013
JABAL RAHMAH
Di sini merupakan Padang Arafah. Di musim haji ia tidak akan kelihatan lapang begini. Semuanya akan dipenuhi dengan khemah yang berwarna puitih. Hari ini bukan musim haji, sebab itu ia kelihatan lapang sahaja.
Tiang putih itu menandakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa di dunia ini, setelah mereka terpisah agak lama dari syurga dahulu. Kebiasaanya mereka yang mendaki untuk sampai ke sini akan berdoa untuk mendapat jodoh yang baik. Dipanjangkan jodoh dan sebagainya. Tetapi berdoa untuk jodoh yang baik di mana-mana pun boleh tidak semestinya di Jabal Rahmah sahaja. Rasanya untuk mendaki Jabal Rahmah tidaklah payah sangat. Cuma gunakanlah anak-anak tangga batu yang telah disediakan untuk sampai ke sini.
Saya dalam takut-takut, gayat dan berhati-hati, sampai juga ke Jabal Rahmah ni berbeza dengan Gua Thur. Sebenarnya saya sampai ke sini dengan izin Allah jua dan menumpang semangat Uzma yang suka mencuba sesuatu yang baru. Allahamdulillah. Allahu Akbar.
Waktu ini lebih kurang pukul 11.30 tengahari. Panas dan peluh memang mengalir membasahi serkup dan dahi. Tapi satu kepuasan. Dapat mengimbau sejarah pertemuan Nabi Adam dan Hawa dan di sinilah manusia akan berkumpul di musim haji nanti. Gambaran seolah-seolah manusia berada di padang mahsyar nanti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan