1. Mula sediakan keperluan umrah. Untuk suami, anak dan diri sendiri.
2. Jika bersempatan minta maaf (terutama mereka yang selalu dirimu berurusan).
3. Kuatkan jiwa dengan banyak ingat pada Allah.
4. Jaga kesihatan. Paksa minum susu.
5. Jaga akhlak sesama manusia dan ibadah kepada Allah. Terutama waktu solatmu. Tunaikan segera di awal waktu.
6. Sentiasa jaga wirid mathurat. Dan terjemahan al-Quran difahami perkataan demi perkataan. Itulah pendinding diri dari gangguan nafsu yang melulu dan syaitan durjana.
7. Buat baik dan sedekah sebanyak mungkin. Tanpa ada catuan, mengira-gira atau andaian-andaian dalam hati.
8. Doakan selalu ke dua ibu bapamu. "Ya Allah kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa masih kecil."
Buat bonda yang dikasihi; terima kasih selalu menelefon bertanya "dah siap keperluan umrah." Selalunya saya menjawab; "Tak pe mak, nak dekat pergi nanti baru siapkan." Tapi pesanan itulah yang terngiang-ngiang dan bagaikan menggesa saya untuk melakukan persiapan, supaya tidak kelam kabut saat akhir nanti.
9. Banyakkan istighfar dan selawat. Harap mudah dapat masuk ke raudhah dan menziarahi makam Rasulullah.
10. Niat dan hijrah mu biarlah kerana yang satu - ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan