Firman Allah;
"Apabila kamu bersyukur, pasti Allah menambahnya. " (Surah Ibrahim : 7)
Apabila Allah melihat hamba-hamba-Nya sudah mensyukuri nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan mengurniakan nikmat yang lain pula.
Mengukuri perjalanan hidup, rupanya telah banyak buku-buku yang saya susun (mula-mula terbabit dalam dunia buku - penerbit Jahabersa) sehingga perkembangan terkini saya beranikan diri menulis dari ilham atau idea yang terlintas menjadi sebuah buku.Dan cuba menyampaikannya melalui kelas pengajian ataupun undangan memberi tazkirah/ceramah jika ada ruang dan peluang yang diberikan. Sekadar berkongsi sesuatu yang baik, tidak menjadi keberatan. Saya ingin mengambil contoh dari perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.
Berjuang menyampaikan kebenaran dalam agama Islam, tanpa mengira balasan yang akan didapati. Balasan itu saya serahkan kepada Allah, saya juga ingin mendidik hati menjadi ikhlas. Ikhlas melakukan sesuatu sebagaimana perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Keikhlasan semata-mata kerana Allah, hingga sanggup memperjuangkan nyawa mereka demi tertegaknya Islam di muka bumi ini. Aduh! Hebatnya tahap keikhlasan mereka, bila cinta kepada Allah dn Rasulullah s.a.w terbenam di hati.
![]() |
| Seusai solah Idul Adha 1433H. |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan