Tazkirah yang bertajuk Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini bermula. Saya memohon kekuatan agar Allah melancarkan penyampaian tazkirah ini. Alhamdulillah, dimudahkan Allah dan terasa ada kekuatan diri. Saya diberi masa selama satu jam bermula 10.30 pagi membawa 11.30 pagi. Saya gunakan ruang dan peluang yang diberikan dengan memetik beberapa potong ayat-ayat al-Quran tentang nikmat Allah, syukur, akhlak Rasulullah dan sirah orang-orang soleh, mengajak masyarakat untuk sama-sama mengingati akan perintah-perintah Allah kepada manusia.
Sokongan para hadirin memberikan saya semangat untuk berdakwah mencontohi perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Terlebih penting tazkirah di pagi itu untuk diri saya. Agar berbuat apa yang diperkatakan. Menginsafi jua ruang dan peluang yang Allah berikan untuk sama-sama merebut melakukan kebaikan dan menghargai nyawa yang masih Allah pinjamkan ini.
Selepas menjamu selera, sempat saya meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah muslimah yang ada. Seorang pendakwah yang baik, tidak segan silu untuk sama-sama turun ke tengah masyarakat, bukan sekadar ceramah berapi-api di atas pentas. Mencontohi Rasulullah s.a.w yang sangat tawaduk bila baginda berada di kalangan para sahabat. Nilaian manusia di sisi Allah ialah ketakwaan seseorang bukannya kilauan material yang menggoda diri.
Akhirnya secara tergesa-gesa, sebelum pulang menaiki kenderaan sempat juga merakamkan foto ini untuk dijadikan kenangan. Terima kasih kepada puan-puan semua. Jasa baik puan-puan tetap dalam ingatan.
Promosi untuk penulis-penulis Karya Bestari di perkarangan Masjid As Saadah, Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Terima kasih atas sokongan dan kerja sama yang diberikan. Mudah-mudahan usaha kita mendapat keampunan dan keredaan Allah jua.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan