Selasa, Oktober 16, 2012

SANTAI BAHASA.

Sejak kebelakangan ini memang saya suka menulis. Saya akan menulis apa sahaja. Saya akan menganggap itu adalah latihan untuk saya menjadi kuat dan terus menceburi bidang penulisan ini. Kita tidak perlu risau terhadap komen-komen yang mendatang. Komen atau pandangan daripada orang lain, itulah yang akan mematangkan penulisan kita. 

Jika takut untuk mendengar kritikan manusia, kita tidak akan ke mana-mana. Justeru kita mesti berani dalam melontarkan idea, pandangan atau apa sahaja yang terlintas oleh kepala kita. Orang yang Allah berikan bakat penulisan pada dirinya, dia akan mudah memindahkan apa yang dirasai dan dialami dalam bentuk karang mengarang. Bila dilahirkan dalam bentuk tulisan, ia pula boleh dibaca oleh semua orang.

Bayangkan jika apa yang ditulis itu memberi manfaat kepada ramai orang (tulisan yang baik dan bagus - bukan yang merosakkan minda) pastinya kita akan mendapat manfaat. Paling tidak pahala berpanjangan. Penulis yang baik tidak memikirkan keuntungan di dunia sahaja,  tetapi lebih bertanggung jwab dan memikirkan apakah hasil tulisannya boleh memberi manfaat kepada masyarakat.     

Insya Allah, saya sedang berlatih dan mengasah bakat untuk terus menulis dan menulis. Saya ingin memastikan setiap apa yang ditulis akan mendidik diri sendiri untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang telah Allah kurniakan kepada saya. Saya akan ingat selalu firman Allah yang bermaksud;
"Apabila kamu bersyukur, pasti Allah menambahnya."   
(Surah Ibrahim : 7)

Tiada ulasan: