Saya belajar berdikari bila anak-anak dan suami tiada di sisi. Hujung minggu yang lepas saya memang keseorangan di rumah. Namun tidaklah perkara begitu mematikan semangat saya. Banyak perkara yang boleh saya lakukan bila keseorangan. Menulis dan membaca sudah semestinya.
Ada lagi satu perkara yang menarik di hujung minggu ini, yang menjadi bahan senyuman saya. Saya menumpang van keluarga kakak dan abang ipar untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara di Gombak. Agak lambat juga kami bertolak. Bila sudah bertolak rasa macam segera nak sampai sahaja. Hujan turun lebat ketika itu. Pastinya jalan menjadi sesak. Abang ipar terlanggar sesuatu di jalanan.
"Pooop...pooop..." Bunyi kuat sekali. Pus....tayar van meletup pula.
Di tengah hujan. Abang ipar turun untuk menukar tayar. Alhamdulillah bantuan polis peronda mencepatkan masa. Kami sampai juga ke dewan majlis berlangsung. Masih ada rezeki dan kami di sambut mesra oleh tuan rumah.
Sempat juga mengambil gambar sebagai kenangan dan rezeki untuk makan nasi minyak masih ada. Bila Allah kata ada rezeki, adalah walaupun kami datang lambat gara-gara tayar meletup di tengah jalan. Dan bila niat untuk bersilatur rahim, Allah tetap memudahkan dan membantu para hamba-Nya. Terima kasih ya Allah.
Di dalam van, sementara menunggu abang ipar menukar tayar saya sempat melayan kerenah cucu saudara. Azfar Az-Ziqry. Memang comel dan keletah. Sesiapa yang melihat pasti geram untuk memeluk dan mendukungnya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan