Khamis, Oktober 18, 2012

TETAMU ALLAH.

Menjadi tetamu Allah? Semua orang menginginkannya. Tetapi tidak pelik ada orang yang tidak mahu dan pastinya mereka memberi alasan yang tertentu. Terpulanglah pada seseorang itu. 

Menjadi tetamu Allah, dapat mengunjungi baitullah di Makkah al-Mukarramah memanglah satu anugerah Allah yang cukup istimewa, diberikan kepada umat yang beragama Islam. Sesiapa yang pernah mengunjunginya, lahirkanlah berjuta kesyukuran. Paling mudah, syukur yang sentiasa berpanjangan.

Pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang, walaupun ada yang sudah cukup berkemampuan di segi perbelanjaan tetapi hajat masih tidak kesampaian. Ini menunjukkan wang tidak menjamin segala-galanya. Ramai kawan-kawan yang cukup wang tetapi tidak dapat pergi terutamanya pada tahun ini. Mahu tidak mahu, terpaksalah sabar menunggu. 
    
Begitulah ujian untuk menjadi tetamu Allah ini. Duit masih belum menjamin segala-galanya. Namun di situ juga, mendidik manusia untuk terus bersabar tanpa keluh kesah. Harap-harap dimudahkan Allah pada tahun-tahun yang akan datang. Moga dimudahkan untuk menjadi tetamu Allah. Amin ya Allah.          

Tiada ulasan: