Isnin, Oktober 15, 2012

PERSAHABATAN

Gambar ini diperolehi daripada fb anak saya. Pastinya ia kiriman daripada Pakcik Rahmad untuk Habib. Ia berada dalam simpanan Pakcik Rahmad (anak-anak memanggilnya Pakcik Rahmat - seorang pensyarah). Sekarang sedang melanjutkan pelajaran ph.D di bidang matematik. 

Kisah Encik Rahmad ini terdapat dalam buku 'Terima Kasih Tuhan Atas Cinta ini'. Dahulu saya bersahabat dengan isterinya (telah meninggal dunia semasa anaknya (yang perempuan di atas sebelah kanan sekali) masih berusia 2 tahun. 

Kini anaknya telah berusia 13 tahun. Bermakna sudah 10 tahun lebih arwah meninggal dunia kerana barah pangkal rahim. Bila saya terpandang dan ternampak gambar ini, memang saya terkenangkan arwah yang bernama Zanariah - seorang yang baik, cantik dan suka menolong orang lain. 

Al Fatihah buat sahabatku di alam barzakh. (Moga di tempatkan di kalangan arwah orang-orang yang soleh lagi diredai Allah).   

Ada perkembangan terbaru untuk Encik Rahmad, insya Allah akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, setelah lama hidup tanpa isteri di sisi. Didoakan "Selamat Berbahagia" buat Encik Rahmad di samping anak-anak dan tidak lama lagi di samping isteri pula. 


Tiada ulasan: