Sabtu, Ogos 04, 2012

GURU AL-QURAN.

Salam Sejahtera, 
Bila saya fikirkan balik, sambutan kelas mengaji pada setiap hari Khamis di bilik kuliah Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah yang saya menjadi pembimbingnya, semakin mendapat sambutan dari hari ke hari. Semakin bertambah seorang demi seorang. Alhamdulillah, pendekatan yang saya gunakan adalah berfikir positif dan manfaatkan masa dengan sebaik-baiknya sesuai dengan sisa-sisa umur yang masih diizinkan Allah. 
Di sebalik itu, terdetik di minda saya untuk melahirkan rasa kesyukuran dan ucapan terima kasih buat mereka yang berjasa. Keikhlasan mereka mencurahkan ilmu ternyata dapat dipanjangkan kepada yang lain.     
Disini saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan tetap mengenang jasa-jasa yang diberikan oleh guru-guru saya sepanjang mendalami ilmu tajwid al-Quran ini. Mereka ialah:
1. Ustazah Maznah Binti Mohamad (Yayasan Ta'lim Kuala Lumpur)
2. Ustaz Hj Mukhlis Bin Haji Hamzah. (Qurra' Training Center/Hafiz)
3. Ustaz Suhaimi Bin Sulaiman. (Hafiz/Imam Surau Mutiara Damansara). 
Sesungguhnya ilmu yang berkat itu dapat memberikan manfaat kepada manusia yang lain. Pesanan dari ustazah dan para ustaz tetap saya ingat semasa menyampaikan ilmu. Hingga kini saya masih meneruskan pengajian kelas Ustaz Suhaimi Sulaiman, jika ada masalah berbangkit bagaimana hendak memberi bimbingan, pada beliaulah tempat saya merujuk.
Terima kasih wahai guru, tanpa bimbingan kalian tidak mungkin saya dapat pula membimbing yang lainnya.     
     

Tiada ulasan: