Mengunjungi Baitullah semua menjadi impian setiap orang yang beragama Islam. Mereka yang telah menjadi tetamu Allah sama dan yang pergi mengerjakan umrah atau haji pasti sudah merasai kemanisan beribadah di Masjidil Haram. Kepada sesiapa yang belum merasainya, insya Allah akan tiba peluang dan rezeki untuk ke sana.
Sesiapa yang berminat ingin pergi bersama-sama, insya Allah saya memilih bulan April 2013 untuk melakukan umrah. Saya mengajak pembaca yang budiman untuk turut serta jika ada yang berminat. Harap perjalanan umrah nanti akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Merindui ketenangan dan kedamaian hati dan tawaf mengelilingi kaabah. Keindahan dan kemanisannya tidak dapat digambarkan. Hanya diri yang pernah merasai sahaja yang dapat mengetahui betapa gembira, seronok, terharu, kemanisan dan kelazatannya (apa sahaja yang dirasai oleh seseorang). Akhirnya kita akan kembali untuk mengucapkan Allahu Akbar dan mengakui tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah SWT.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan