Selasa, Julai 10, 2012

BAKAT SESEORANG.

Di kala malam yang sepi, tanpa anak-anak di rumah. Saya kembali menoleh ke dalam diri. Mengenang dan berfikir apa lagi yang boleh saya lakukan untuk mengisi masa dengan perkara-perkara yang dapat memberi manfaat. Ya...lakukanlah sesuatu yang dapat menghiburkan dan tidak memberi tekanan. Apa lagi jika tidak menulis... 
Kita hendaklah mengetahui bakat-bakat kemampuan yang Allah kurniakan kepada seseorang itu. Setelah menyedarinya, fungsikanlah ia pada tempat yang sepatutnya, sama ada yang berupa ilmu ataupun di segi amalnya. 
Sesungguhnya orang yang berakal akan memahirkan perkara yang dia mampu untuk melakukannya dan ingatlah setiap orang dimudahkan bagi apa yang telah diciptakan untuknya.  
Jika ingin mencapai kemahiran pada setiap ilmu, amal atau bakat, bersedialah juga untuk menghadapi setiap kesulitan, kobarkan kecintaan dan kerinduan kepadanya. 
Jangan menyangka kejayaan akan datang menggolek kepadamu sebagai hadiah. Ingatlah kemenangan yang lebih buruk ialah kemenangan yang dihadiahkan. Kejayaan yang mahal ialah yang dicapai dengan kesungguhan, peluh, kesusahan, air mata, penat lelah dan pengorbanan. 
"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (al-Haj : 78). 


Menjadi penulis yang cemerlang;

  • Menulis dengan bidang yang dikuasai serta mengetahuinya dengan cara terperinci. 
  • Mengulang kaji apa yang telah ditulis. 
  • Tidak menulis kecuali bidangnya. 
  • Menghindari tulisan dari kedustaan, celaan atau tuduhan. 
  • Tidak mengkagumi apa yang ditulis dan membanggakannya. 

Tiada ulasan: