Secara kebetulan di dalam kereta, terdapat dua buah buku tersebut. Lalu saya menghulurkan buku itu kepada kakak Fauziah tanpa ada tandatangan saya.
"Eh! Kenapa tidak ada tandatangan ni." Tanya kak Fauziah.
"Bukankah akak kata nak buat hantaran buku ni, nanti jika saya tandatangan pembalut plastik buku ini perlu dibuka." Saya menjawab spontan.
"Lagipun saya selalu tandatangan buku menggunakan pen berdakwat pink sesuai dengan warna kulit buku tersebut. Alahai...saya tidak bawa pula pen berdakwat pink tu...kak! Macam mana ya? Tanya saya.
"Tak payah tandatangan tak pe kak? Saya menduga kesungguhan kak Fauziah.
"Eh! Janganlah macam tu. Tandatangan tu yang mahal. Jika hendak beli buku tu, di mana-manapun akak boleh beli, tetapi nak mendapatkan tandatangan penulis bukan mudah." Jawab kak Fauziah pula.
"Beginilah kak, beri saya sedikit masa. Nanti bila saya sudah siap tandatangan buku-buku tu, saya akan berikan kepada akak. Insya Allah."Janji saya kepada kak Fauziah.
Kak Fauziah tersenyum puas kerana apa yang dihajati tercapai jua akhirnya.
Nota.
Terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan. Jasa anda tetap saya kenang dan memberikan sinar yang menyerlah untuk meneruskan perjuangan dalam dunia penulisan buku.
