Ahad, Jun 03, 2012

PUSAT PENGAJIAN WARGA EMAS.


Salam sejahtera buat pembaca yang budiman, 
Hari ini saya ingin berkongsi tentang PUSAT PENGAJIAN WARGA EMAS, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur.

Saya tidak mahu bercerita panjang mengenainya sebab anda boleh mengetahuinya dengan melayari laman sesawang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

Ia terletak di atas tanah seluas 1.7 ekar di Kampung Sungai Penchala yang diwakafkan oleh Tuan Haji Ir Mohd Mazlan bin Md Ismail kepada MAIWP. 

Beberapa hari yang lalu saya dan beberapa AJK Biro Muslimah Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah berpeluang mengunjungi Dar Assakinah ini. Sempatlah juga kami mendengar kuliah tentang Fiqh Manhaji. 

Andainya saya mengambil sikap tidak peduli tentang Dar Assakinah memanglah tidak patut, sebab ia terletak hanya beberapa meter dari rumah. Lagipun kami mengenali Tuan Haji Ir Mohd Mazlan (Timbalan Pengerusi MJTAAS, Kampung Sungai Penchala) dan juga isteri beliau. 

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui Pusat Pengajian Warga Emas Dar-Assakinah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, sila hubungi:

03-40479444 sambungan 519 / 543 (Pn Norashikin / Pn Nor Azlin)
atau 03-40479444 sambungan 535   (Ustaz Abdul Rauf b. Abd Aziz).