Catatan khusus untuk ulangtahun perkahwinan ke 20 tahun 2012.
Bagaikan baru semalam melayari indahnya alam perkahwinan. Walaupun kami berkahwin, tanpa didahului dengan alam percintaan, namun alhamdulillah ia masih segar dibaluti kehangatan cinta yang segar dan harum semerbak. Bukan tiada ranjau duri yang meniti, bukan tiada ombak yang menghempas dan bukan tiada dugaan yang menimpa.
Perjalanan perkahwinan ditempoh bersama. Pahit dan manis, suka dan duka, silih berganti. Syukurnya di awal perkahwinan sehinggalah sekarang (moga hingga ke akhir hayat) apa-apa jua keadaan dalam menguruskan hal-hal rumahtangga yang menjadi sumber rujukan utama ialah kembali kepada apa yang disuruh Allah dan juga Rasulullah s.a.w.
Kunci dalam mengekalkan kehangatan bercinta ialah sama-sama mendidik diri untuk terus mencari dan memburu cinta Allah dan Rasulullah s.a.w. Hati tidak akan lalai dan tertipu dalam mencari cinta yang hakiki dan abadi iaitu mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w. Maka cinta yang lainnya menjadi kecil dan kerdil belaka.
Sayang selalu,
Isterimu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan