BUKU TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI.
Buku TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI antara hantaran pernikahan Fasha Sandha untuk Jejai. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fasha kerana telah memilih buku ini untuk dijadikan antara barang hantaran buat orang yang tersayang. Moga sama-sama kita mendapat manfaat dengan membaca buku ini. "Alhamdulillah...segala puji untuk Allah."
Buat Fasha dan Jejai,
"Selamat Pengantin Baru. Moga bahagia dan ceria selalu hingga ke akhir hayat." Amin ya Allah.
Lepas ini siapa pula yang akan menjadikan buku TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI sebagai hantaran pada majlis perkahwinan mereka ? Moga kebaikan dapat dikongsi bersama dan dipanjangkan ke tengah masyarakat.
Hingga kini...saya cuba mengetengahkan bakat dan minat ini dengan cuba melahirkan karya yang lebih berkualiti buat tatapan dan panduan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih buat ayahanda Mohamad Juoi Bin Sukeri dan Bonda Hajah Khadijah Binti Wok kerana merekalah saya terlibat dalam dunia penulisan ini. Kerajinan ibu membaca buku di hadapan anak-anak semasa saya kecil sangat mempengaruhi bila saya sudah dewasa.
Suka membaca dan menulis adalah langkah pertama untuk menjadi seorang penulis.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan