"Hidup mesti diteruskan dengan daya juang yang bersungguh-sungguh." Zuhriah Mohamad Juoi.
Sabtu, April 28, 2012
MOTIVASI DIRI.
Andainya dirimu terasa lemah menghadapi ujian kehidupan, bangun dengan semangat dan penuh harapan. Lawan perasan lemah itu, tetapi katakan pada dirimu 'aku mampu menghadapi semua ini.'
Buangkan segala fikiran negatif yang berada di mindamu, tetapi alihkannya kepada yang positif sahaja. Moga dengan ini jiwamu akan segar semula untuk meneruskan aktiviti harian.
Ayuh kita lapangkan minda, katakan pada dirimu apa sahaja yang berlaku ada hikmah dan iktibar yang boleh kita kutip. Kita terus membaiki diri tanpa ada rasa jemu, tetapi tabah dan sabar mengharungi liku-liku kehidupan. Ingatlah sesudah kesusahan pasti ada kesenangan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan