![]() |
| Tahniah Uzma. Terus cemerlang dalam mengejar cita-cita. |
Hujung minggu ni rasa seronok sikit. Dapat berkumpul dengan anak-anak. Walaupun sekejap, ia cukup menggembirakan dan mengundang ceria di hati.
Alhamdulillah, dapat menghadirkan diri di SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU SELANGOR, sempena HARI ANUGERAH CEMERLANG.
Walaupun agak kelam kabut dan terlewat saya dan suami memenuhi juga undangan kenduri kahwin pada hari Sabtu dan juga hari Ahad. Gembira bertemu dengan saudara mara dan juga kawan-kawan. Bukan senang nak berjumpa!
Bila ada undangan majlis perkahwinan, sedaya mampu saya cuba menghadirkan diri. Begitu juga bila mendengar kawan-kawan yang sedang ditimpa sakit, cuba menziarahi walaupun sekejap. Itu tandanya kita hidup bermasrayakat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan