Isnin, April 09, 2012

JAGA WAKTU SOLATMU.

Usai solat bersama bonda tercinta. 
Bekerja sendiri memerlukan kekuatan peribadi untuk sentiasa ada motivasi. Sentiasa aktif dan ada sahaja perkara-perkara baik yang hendak dilakukan. 

Disiplin masa perlu dijaga, terutamanya waktu solat fardhu agar tidak terbabas dan ditunaikan lewat masanya.  

Andainya hendakkan kejayaan yang berkat iaitu mendapat keredaan Allah, perkara utama inilah yang perlu dijaga. 

Disiplin waktu solat di awal waktu. Insya Allah jika waktu solat dijaga dengan betul, waktu-waktu untuk melakukan kerja yang lain juga turut terjaga dengan sendirinya. Barulah solat membentuk peribadi yang solehah untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat. 

Justeru pekakan diri bila mendengar suara azan. Laungan azan disambut dengan segera berwuduk untuk menunaikan solat. Tenangkan diri dengan selalu menghubungkan hati untuk sentiasa mengingati Allah. Bila selesai solat, moga ilham yang datang semuanya yang baik dan bagus belaka. Rezeki yang diraih menjadi banyak, berkat dan dapat dikongsi buat mereka yang memerlukan.  

Tiada ulasan: